Friday 23 January 2015

POST KE 6 - MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Hazman Bin Ali
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan :

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Permasalahan penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah - masalah penggunaan ICT yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran .

2.Terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.


Rumusan Hasil Kajian  :

 Perbincangan bab ini adalah hasil dari maklumbalas daripada guru-guru dalam bahagian A
iaitu latar belakang guru-guru yang diterangkan secara menyeluruh. Seterusnya di susuli dengan
perbincangan bahagian B mengenai aspek pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahagian C mengenai
kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan bahagian D pula berkaitan dengan sikap guru-guru dan masalah - masalah yang

dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran .


Rumusan : 

Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala Lumpur :
Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5. Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang Dan Harapan Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan,Maktab Perguruan Batu Lintang.Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992). Teachers’ Attitudes Towards Computers. A review of the literature. Computer educatian. Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda 

No comments:

Post a Comment