Friday 23 January 2015

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Post ke - 5

Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia




Pengenalan 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Penggunaan ICT sangat membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran kerana ia membantu untuk 
memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. 


Kepentingan Kajian:

Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). 

Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna. 

Kesan Positif : 

  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 




Rumusan :

Manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

Rujukan : 
Adrian Oldknow & Ron Taylor (2003), Teaching Mathematics Using Information and Communication 
Technology. British Library Catalouging-in-Publication Data.
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional 
Publishing Sdn Bhd.
Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon.
Bogdan, R. C. dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education : An Introduction to Theory 
and Methods. 3rd ed. Boston : Ally & Bacon 157-181.
Borba M. C. and Villarreal M. E. (2005), Humans-with-Media and the Reorganization of Mathematical 
Thinking Information and Communication Technologies, Modelling, Experimentation and 

Visualisation. Springer Science+Business Media, Inc

No comments:

Post a Comment