Friday 27 February 2015

Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran. post ke 8

Pengenalan

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)
Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.


FUNGSI PERISIAN

Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.

·       Mengurus sumber-sumber komputer
·       Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan
·       Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN SECARA SAH
  • perisian yang lengkap.
  • mempunyai “GUARANTEE” sah dan asli ( original ).
  • bantuan teknikal.
  • menerima upgrade atau patcher secara percuma atau hanya lebih murah.
  • dokumentari yang lengkap.
  • perisian tanpa virus.
  • mengetahui pengguna adalah sah dan tidak perlu takut pada risiko.
2.2  Jenis Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu : -       
   BBM bukan elektronik -     
   BBM elektronik -          
   Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  1. Papan tulis atau papan hitam 
* Bahan asas dalam pengajaran
 *Digunakan untuk mencatat isi-isi     pelajaran ketika mengajar

 2.Buku teks  
*Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang 
*Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan

 3.Papan Pamer 
 *Dikenali sebagai papan buletin 
*Sumber pangajaran yang produktif
 *Dapat memperkenalakan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar.

 4.Fail tegak dan bahan bacaan  
*Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku 
*Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan sebagainya. 
*Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail 
*Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah

5.Gambar  
*Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah. 

6.Kad imbasan atau kad cantuman
 *Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata. 
*Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
 *Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah

 7.Carta 
 *Susunan maklumat yang sistematik 
*Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan. 
*Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah : a.Carta flip/selak b.Carta pusing c.Carta aliran d.Carta graf e.Carta pai f.Carta tunggal 

8.Grafik 
 *Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. *Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.

 9.Papan pengajaran 
*Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar. 
*Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar. 
*Jenis papan pengajaran 
a.Papan buletin b.Papan kenyataan c.Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel d.Papan putih e.Papan magnet f.Papan selit g.Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa h.Papan poket i.Papan sorong tarik 

10.Model  
*Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar 
*Bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupa bentuk atau begaimana sesuatu itu berfungsi 
*Jenis model a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar b.Model potongan-keratan 
c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu
 *Boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Paris

 11.Boneka 
 *Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan 
*Digunakan dalam pengajaran bercerita ataupun berdialog
 *Diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman 

12.Diorama  
*Rekabentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik 
 1.Overhead projektor (OHP ) 

 *Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah. 
*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkan ke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)

2.Trasparensi 
 *Kebaikan menggunakan trasparensi:
 a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
 c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik 
d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur 
*Cara penyediaan trasparensi
 i-Kaedah tetingkap
 ii-Kaedah singkapan 
iii-Kaedah tindihan
iv-kaedah pusing 
v-kaedah urutan 
vi-kaedah tampalan

3.Pita slaid ( Filem slaid ) 
 *Filem Slaid-Sejenis media tanpa gerak yang merupakan sejenis trasparensi positif berukuran kecil *Sangat kerap digunakan dalam pengajaran sains terutamanya dalam pengajaran Biologi 
 *Pita Slaid-rakaman yang disinkeroniskan dengan satu siri slaid. 
*Dapat menarik perhatian pelajar 
*Dapat menggambarkan keadaan sebenar dan membawa situasi luar ke dalam kelas 
*Isi kandungan persembahannya kemas dan teratur dan boleh digunakan berulang kali, diubah dan ditambah.

 4.Radio  *Untuk pengajaran bahasa 
*Siaran-siaran radio pendidikan yang mengikut sukatan pelajaran boleh digunakan. 

5.Televisyen dan VCR 
*Dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan deria pandang dan dengar 
*Dapat memodenkan pendekatan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

 6.Filem tayangan /Filem jalur
 *Dapat memberi pandangan yang jelas mengenai sesuatu perkara melalui deria penglihatan dan pendengaran 
*Bahan yang ditayangkan boleh berbentuk cerita, lakonan, ataupun berbentuk dokumentari

 7.Komputer  
*Boleh diprogramkan untuk mengajar 
*Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran. *Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya. Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar  
*Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. 
*Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung. 
*Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi

*Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
 i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
 ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
 iii-tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
 iv-benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.

 *Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi 


7.0  Kesimpulan          
1. Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar.
2.  Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.           

3.   Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). 

4.   Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran penggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.             Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa daripada sepuluh BBM yang disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru. Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana. 

5.     Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.             Bahasa Arab mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. 

6. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. 

No comments:

Post a Comment