Friday, 19 December 2014

Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Ba hasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal.


Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal.

Oleh :
1. Ashinida Aladdin
2. Afendi Hamat
3. Mohd. Shabri Yusof

 Pendahuluan : 

           Revolusi teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini membuat ramai pihak berminat untuk mengintegrasikan komputer dalam bidang tugasan masing-masing. Ini termasuklah golongan guru dan pendidik daripada pelbagai bidang.

Kelebihan : 

          Meninjau tentang tahap kesediaan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBBK, seramai 27 orang atau 67.5% mempunyai tahap kesanggupan yang sangat tinggi untuk mengikuti latihan PBBK dan seramai 13 orang lagi atau 32.5% sanggup menghadirinya.

Kekurangan : 

Walau bagaimanapun, 15 orang atau 37.5% daripada guru adalah kurang mahir dan 2 orang atau 5% tidak mahir langsung menggunakan komputer. Bagi guru-guru yang kurang mahir dan tidak mahir, mereka memerlukan latihan dan kursus-kursus yang berbentuk intensif dan ekstensif bagi membantu mereka menggunakan komputer.

Ulasan : 

Walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab adalah di tahap minimum, namun guru - guru bahasa arab mempunyai persepsi yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berbantukan komputer di mana 100% daripada  para guru.

Komen :

Satu kajian empirikal yang lebih mendalam yang mengkaji tentang penyediaan bahan perisian yang bersesuaian akan dapat dijalankan, supaya bahasa arab dapat dipelajari dengan kaedah yang lebih mudah dan efektif yang mengikuti perkembangan semasa.

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan
Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF

SITI FATIMAH AHMAD
AB. HALIM TAMURI


Pendahuluan :

Di Malaysia, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek
kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat
berpengetahuan hari ini semakin meningkat, sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam
TMK. Senario ini menjadi petunjuk untuk menggerakkan Malaysia menuju negaramaju yang
membangun mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.

PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN.

Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek
P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa. Perubahan ini diharap akan dilakukan secara berterusan dan terarah. Olyang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha untuk menyediakan pelbagai prasarana seperti rangkaian komputer bagi memudahkan lebih banyak mata pelajaran dapat diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BBM.
Kegagalan para guru untuk mrlakukan perubahan melalui kaedah dan teknik dalam teknologi pengajaran merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani segera. Beban tugas guru dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan guru menggunakan BBM berasaskan teknologi multimedia.

ULASAN 
 Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan secara merata puratanya tinggi. Tidak dinafikan juga terdapatnya beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkatkan kemahiran penggunaan BBM.

KOMEN
Guru - guru j-Qaf  mesti berusaha untuk meningkatan kemahiran masing - masing agar pengajaran yang dilaksanakan bagi semua model - model program J-QAF dapat keberkesanan sebagaiman dikehendaki dalam onjektif program tersebut.


Wednesday, 17 December 2014

PENGGUNAAN TEKNOLOGI ( ICT ) MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN





          Penggunaan Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

          Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Pada tahun (2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

          Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

           Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.


           Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

          Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

           Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

          Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepadamurid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

          Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

          Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

          Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3 Mod Penerokaan
           Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

           Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

          Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.

          Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi
          Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

          Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

          Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

          Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

          Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

          Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan

           Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

            Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.


Friday, 5 December 2014

intro



MY PROFILE


NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN BAHAHUDDIN

UMUR : 20 TAHUN

DENGAN ILMU TERCAPAI CITA - CITA